Aku terpangil menconteng merapu spontan untuk menceritakan 'mimpi' aku walhal aku tak menyukai tapi atas desakan hati yang di sokongan jemari selepas mata memerhati carpet muka buku dan akal membuat keputusan atas contengan ini. .
''Bangun-bangun! kau bermimpi! telah jauh kau lewati!'' kata hati pada diri. .
''PAUSE''
Aku si miskin selalu bermimpi,walau aku tahu itu membuang waktu, walau aku sedar itu bakal kesakitan ku. .
Nah! kalau tanpa mimpi apa harus aku meratap terus realitinya?? apa aku harus putus asa??kerana mimpi aku bertahan untuk melangkah. .
Semasa kuliah mata aku tersorot pada dia. . ''Subhanallah! persis....
Hey! jantung mengapa deras kau berdetak..'' kata kecil hati aku.
terus jadi rajin aku ke kuliah walhal lecturer bersyarah seperti mendodoikan kami..
habis kuliah sengaja dilambatkan bangunku untuk menatap curi pendetak jantungku walau aku kelewatan punch card dan aku perlu berlari ke pizza hut,kerja partime penampung kuliah aku..Jangan ditanya kenapa tidak terus aku tegur kerana aku sedar siapa aku yang dompet sentiasa kekeringan,rupa semacam tiada wajah..huh!
seperti DSLR mata aku memetik rautnya dan simpan ruangan besar kotak hati ku.. (tersenyum)
Kelapangan aku Login muka buku dan membaca blog..
''Eh! kau....'' sambil hati aku kembali berdetak terlihat seseorang diruangan muka buku KLMU..
Spontan jari aku mengarahkan tikus 'clik' add friend..Nie je aku berani buat (ketawa kecil)
Tiap status muka buku yang aku update,dia like.. (kembali berdetak jantung aku)
''Ish! dah pukul 3am nie..dia tak tidur ke??'' tanya hati pada diri..
Bermula dengan salam segalanya rancak berbual..tak sedar subuh hampir menjemput..
dari kisah music,hobi.keluarga hinggalah tentang soalnya hati..
Makin deras berdetak apa yang ada,disuka,difikirkan malah impianya sama seperti aku! ditambah dia persis Anna.. *seseorang 4 tahun hidup dengan aku,mendiami kotak hidup aku*
Berbulan juga berkawan berbulan jugalah aku pendam berdetaknya jantung ni,berbulan juga dia bertanya dan penasaran tentang cerita aku ceritakan dia dan aku pernah sebilik kuliah sem lepas.. (manakan dia perasan kewujudan orang jalanan semacam aku) semua persoalan terus jadi rahsia..
Aku terus bermimpi cerita ini akan terus berjalan jauh..tanpa fikir fiksyen dogeng atau realiti..Dalam Sujud aku menyatakan syukur kerna ini hadiah kegembiraan buat aku yang lama hilang dan diizinkan merasa selayaknya mengenalinya walaupun segalanya aku pendam..
Seperti cerita dan kisah-kisah jiwang pernah kalian baca penghujungnya terlerai tapi kisahnya sama,berlainan Plot ceritanya..
carpet-carpet wall muka buku dia berjalan,membawa coretan-coretan tentang penantian..memang betul hatinya seperti aku dalam penantian tetapi berlainan tujuan..yaa hatinya sedang menyayang dan ada Cinta yang sedang dia buru tapi bukan aku!
Si miskin fakir yang diberi peti besar yang di isi wang,lalu dicium dan terus menyimpan impian perancangan tentang wang itu..lalu si pemberi mengambil wang itu lalu dibakar dihadapanya..(kalian fikirkan sepintas tentang perasaan fakir miskin tu)
Kondisinya sama cuma aku lebih teruk kerna umpama dipersendakan selepas setelah bertahun selepas kehilangan Anna..membeku hati aku kalis cinta..
''Gila aku jatuh cinta pada dia,Gila! barusan aku dicampak dipermulaan aku jilat erti kekecewaan!'' jerit batin aku binggung tak menentu..
Aku ketawa dalam kekalutan,aku ketawa dalam kehinaan diri,aku tersentuh diam tak terkata.. ''Ini pasti mimpi!''
''PLAY''
''Bangun-bangun! kau bermimpi! telah jauh kau lewati!'' kata hati pada diri. .
''huh!'' (tersentak)
Aku patut sedar,aku patut sedar! yang aku hanya orang jalanan! dan dia puteri tunggal dari keluarga berada!
bangun melangkah ke cermin.. ''Que..Itukan sekadar mimpi..mimpi buat apa hendak difikir..kan mainan tidur jee'' Sambil menyantun senyuman..
* * * * * * * *
''Subhanallah,lambat dah nie!'' sambil keluar dari admin KLMU ke bilik kuliah..
Dalam bergegas jantung aku kembali berdetak..Di hadapan aku dia yang akan berselisih dalam langkah aku..Meski pun sepasang mata bertentang dalam satu jalan tapi manakan dia tahu itu aku dihadapan langkahnya kerna bukan aku yang dia cari,tunggu dan buru..
''ya allah hadiahkanlah dia hambamu yang soleh,baik akhlaknya,dapat menjaganya dan elok rupa paras seperti dihajatkanya. .amin.." kata Ikhlas ringkas terakhir yang aku ingat diutus selepas selisih langkah aku dan dia..
terima kasih awak..kerna bagi saya koleksi mimpi...
* * * * * * * *