Wednesday, 8 June 2011

'Emak. .Sebap Nak Tutup Mulut Orang Kami Kahwin Dalam Bilik'



Aku teringat kata-kata Ulama terkenal Suhbah Maulana Shaykh Nazim Al-Haqqani 
'kahwinkanlah anak kalian apabila mereka telah cukup umur dan syarat mereka, kerana zaman ini adalah masa-masa sukar bagi anak-anak muda yang masih belum berkahwin..'
Aku tercuit untuk bersembang santai topik ni. .yea kau pun boleh baca sebap kau juga bakal emak bapak. .
Mungkin kau,aku,kita dan kamu dari kecil dah di semai perkataan 'biar mati anak tapi jangan mati adat'  
Buat apa nak di ikutkan adat kalau menyusahkan??buat apa nak di ikut sangat adat kalau menyumbang keburukan??
Eh! bukan aku nak cakap semua adat menyusahkan tapi ikut kesesuaian hidup laa..
Kami generasi sekarang bukan jahil tapi tau juga adab dan tuntutan..bila dah berkenan pergi jumpa mak bapak dia. .katakan mak cik saya nak kan dia. .Tapi nak satukan secara sah dua hati banyak hati nak kena jaga tambah pulak dengan adat terikat sini-sana..ialah mak bapak nak anak dia kahwin mesti buat majlis gempak bia orang tak mengata..tambah pulak sedara-sedara lain sanding grand nak mampos buat..kalau buat kecik dorang mengata nanti..'oh emak manakan nasib manusia semua sama..emak boleh tak lepas kahwin kami makan minum rumah emak gan bapak??bukanya apa duit habis buat majlis grand nak tutup mulut orang mengata..'
tu yang bernasib baik..tapi emak kami duit tak ada..duit Tak ada macam mana hendak kahwin??kami nak kahwin orang tak suka..akhirnya kami
kahwin dalam bilik saje..Apa kamu,awak dan engkau ingat aku taip tak habis pikir??ok jom berbual santai lagi..
penah terpikir kenapa banyak bayi luar nikah di buang??penah pikir kenapa mereka-mereka tak jadi pasangan yang sah??
Kami tahu emak dan bapak kami tidak cetek agama..nak di ikutkan sangat adat dan orang sampai dosa dalam kelambu anak sendiri hendak direlakan..kami tahu emak bapak kami tahu yang dalam dunia tidak semua nasib manusia sama..kalau sama mana datang perkataan miskin dan kaya..kami tahu emak bapak kami tahu perkahwinan  adalah ibadat,tidak mungkin duhai Ibu & ayah nak menghalang ibadat..jangan berkerut..angap je gurauan keluarga-keluarga. .kan lebih mesra..  :)

P/s~Tak Heran Orang tak pandang Janji Tuhan Tahu Niat Kita..Biar Sederhana tapi meriah dan lagi penting bahagia..

Sunday, 5 June 2011

Tapak tangan di bawah hujan malam



Hujan. .Jendela kubuka. .Langit mencontengkan lipstick kelabu. .Ah! langsir berterbangan di tiup angin malam berkejar  di tingkap apartment aku. .
Aku buka radio memainkan lagu-lagu yang entah apa tajuknya . .ada yang rancak,meleweh  tidak kurang ada yang jelik! Wtf! Perkataan keluar dari mulut aku spontan. .
huh. ! artis reality tv kali. .Sama sekali tidak menjadi serasa buat aku sedang menaip. .aku offkan saja. .Aku ganti memutarkan MP3 dari album karya pemuzik bebas dan bawah tanah tempatan . . Hantu putrajaya dari band carburetor dung pembuka tirai. .
Ermm aku mengelamun keluar menjenguk hujan. .Mengingatkan aku tentang seseorang yang sehati aku suka tentang hujan malam. . Tulisan lirik-lirik lagu untuk band Death Ov Nero yang selesai aku print tadi berterbangan di tegur angin malam lembut kadangkala buas belaianya. . 
Aku dan malam berdialog santai di Kuala Lumpur yang berhujan. .Sebenarnya ada beberapa yang lain,sudah berdengkur kali. Kertas ,VAIO putih, pen dan karya-karya rujukan aku sedang menunggu hingga habis lamunan aku. .
MP3 players list aku sudah mendengkur. . Tinggal aku dan hujan malam saja. .Aku dan hujan di mamah nasib. .

Saturday, 4 June 2011

Dialog aku sama si jelita

Di tepian lido,ada gadis mongel sedang merenung laut,
Renungan jauh,sayu seperti sedang berlayar meningalkan perjalanan kalut,
Ah! sudahlah hut keretaku jadi pengalas pungung,
Aku menegur dengan cangung  Hey! gadis  genit dan cantik kenapa kau duduk di sini??
Dia menghela lembut Apa Kau Juga Ingin Menjadi wira atau juga ingin katakan Mahu menerima aku seadanya??sambil tersenyum kecil.
Aku bertanya lagi Hey gadis gila sekarang apa ceritamu??
Si gadis genit berambut perang menjawab Aku di tinggalkan kekasihku lagi dan berulang lagi dan lagi..aku juga di tungang tiap kali punya penganti demi penganti..aku juga di lempar janji demi janji dan janji..Nah lalu aku begini..Dan kamu apa tidak mahu mengambil kesempatan dalam cerita aku begini??
Si gadis bangun dan melorotkan tube disarungnya ke bawah menampakan sepasang bukit gebunya dengan renungan yang amat kosong seiring mengalirkan air mata sambil menjawab lagi Apa kau tidak mahukan ini??apa kau tidak ingin menikmati tubuhku ini seperti lelaki-lelaki lain singah dalam hidup aku?? Nah apa beza aku dengan bohsia dan si jalang..apa beza cinta atau tidak!..air mata tadi menjadi deras..
Aku menjawab persoalan yang datang membawa dilema kedukaan,tentang penipuan,kekecewaan dan keperitan..
Aku juga punya cerita,kisah tetapi aku tidak perlu berteman!

Friday, 3 June 2011

Di sini ada cinta dan ada.....





Kita telah sampai di rumah orang tuamu,
Bertalak senja diiring melodi nyanyian memuji nama tuhan satu,
Suasana malam bersih bersaksi kekasih Haram berbicara,
Ini tentang kau dan aku,tentang restu cinta kita di mata orang tuamu..
Datang bersama dibawa kata-kata warkah penuh indah..
'ya pasti kita akan bernikah nanti,ini sumpah suci kita'
Bait-bait kata ilahi jadi taruhanya..
'Benar cinta suci kita pasti di dengarNya'

Kau menyambut dengan cungap nafas manjamu seiring senyuman..
Riakmu wajahmu apa marah,takut atau membenarkan??
Alis gerak keningmu,gengaman dan riak muka seperti menngizinkan,
Terhambur noda,hati menidakan dosa kerna cinta suci alasan tarikatnya..
Bersaksi alunan puji-pujian mereka tercungap,tercungap nafsu semakin mengila,
Dirumah orang tuanya disini mereka terbaring puas..mereka tewas..mereka tewas tanpa ikatan...

Thursday, 2 June 2011

Coretan Atas Tisu Si Gelandangan

Aku Bukan Si Betah,Bila Berbicara Apa Pun Buat Orang Tuanya Senang..Penasaran sekali Aku Ingin Perhatian Seperti Dia..Sunguh Indah Kehidupanya Kau Berikan Tuhan..'Ah Pergi! Mahu Apa Kamu??! Dasar Anak Gelandangan' Berganjak Kaki Kecilku Oleh Bentakan Keras Itu..Baguslah Menyedarkan Aku Si Anak Gelandangan..Aku Merangkul Bangun Terus Melangkah Dari Orang Kelilingku Melihat Mentertawakan Aku..Orang-Orang Terpelajar Berkelulusan..Orang-Orang Berbau Wangian Haruman ahh...Eh! Sepertinya Pernah Sekilas Aku Melihat Wajah Si Cantik Itu..Ermm..Oh Yaa,Dia Yang Terjelopok Malam Rabu Kelmarin,Mabuk Minuman Mahal Kali..Mungkin Di Sebabkan Minuman Mahal Itu kali Dia Kelayakan Belajar Di University Ini Atau Kerna Bajunya Seperti Untie Sally Si Pelacur Lorangan Haji Taib.Senda Aku Kecil.
Si Gelandangan Seperti Aku hanya Turut Ingin Aku,Langkahku dan Perut Ku..Nah! Sampahkan Aku??
Menapak Aku Hingga Ke Central Market,Sial! Perut Aku Belum Di Isi Dari Pagi..Wah! Gayanya Seperti Orang Hilang Malu Dan Warasnya,Tapi Pakainya Penampilanya Seperti Penghibur..Kagum Aku Melihat Dan Mendengar Perempuan Jalanan Itu Teriakan Tulisanya..Terkadang Seperti Menangis Terkadang Seperti Membenci.Mereka Mendengar Bertepuk Kagum Tanpa Jijik Denganya..Mungkin Pada Pakaianya Tidak Seperti Aku??Tertangkap Perkataan Fynn Jamal..Apa Perempuan Aku Lihat Itu Namanya Fynn Jamal?? Ah! Apa Urusan Dia Sama Perut Ku yang Belum Terisi..Mungkin Kehidupan Aku Yang Gelandangan Ini Lebih Dari Satu Puisi..Aku Melihat Dan Mereka-Mereka Mendeklamasi Realiti..Dan Dia Melihat Dan Dia Mengetahui..Kembali Aku Berjalan Lagi.....