Tuesday, 6 September 2011

Maria Ozawa mengeluarkan fatwa.

Lokasi wall facebook aku : hey u,even I nie pakai sexy and highlight rambut tapi I sembahyang tak tinggal tau. .u nampak je I mcmnie tapi yang penting ikhlas.


STOP


penah dengarkan??haa macam familiar je ea..aku terpanggil meluah sampah dalam kepala ni bukan nak tayang ilmu aku konon setaraf ustaz tapi anda semua pasti tahu,perkara masa zaman kanak-kanak dan sekolah dulu benda pertama di ajar mesti tentang menutup aurat dan taharah (bersuci).


Jadi aku sekadar ingin berkongsi ilmu kanak-kanak je dengan anda anda semua.


Dah berluak muntah berlambak tentang post copy paste post di muka buku pasal hukum jika wanita tidak menutup aurat dan siapa 5 lelaki yg mereka tarik ke neraka dengan mereka,jadi tak perlu aku taip dekat sini yea.


kenapa boleh terfikir solat je even rambut berkaler janji ikhlas??macam mana dengan perintah bersuci yang allah sendiri tuntutkan pada kita tentang wuduk,mandi wajib dan bersuci??so nak kata allah boleh ubah-ubah apa dia tuntutkan??Allah bukan macam manusia yang cakap boleh ubah-ubah.


Mandi mayat juga kira bersuci.kambus je yang penting ikhlas,boleh macam tu??


orang bersolat sudah semestinya menutup aurat,orang bersolat sudah semestinya berwuduk.


Orang muslim bila nak menghalalkan sesuatu yang haram selalu berkata :


Eh! kau ingat orang selalu solat tongang tongeng tu mulot dengan hati dia baik ke??


Jawapan ringkas dari kanak-kanak : Hati orang baik sudah tentu bersolat dengan tekun.


sabda rasullulah saw "Tidak diterima solat orang yang berhadas hingga dia berwudlu."(Muttafaq 'alaih)


"Solat tidak akan diterima tanpa bersuci."(HR. Muslim)

Sunday, 24 July 2011

Aku Jadi Malu Dalam Berdoa. .

Malam ini. .

Saat mencium wajah sejadah,sujud diri merendahkan hati. .
Palitan dosa dan hati kerap melupakan dan mengingkar. .

Aku jadi malu hendak berdoa,aku jadi malu hendak meminta. .

Al-ghaffar,maafkan hambaMu ini. .
Seringkali meminta terlalu banyak. .Sedangkan nikmatMu gagal ku hitung. .


''Berdoalah kepadaku,nescaya akan ku perkenankan bagimu,sesunguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!  ''  Al-Mukmin Ayat 60. .

Thursday, 21 July 2011

Manakan Boleh Pipit Terbang Sama Engang. .

Pernah dengar pepatah nie. .Cuba menafikan sekarang tidak boleh di guna pakai??
semasa aku mentah dulu yaa aku mengiyakan zaman sekarang tidak ada perbezaan lagi sesama manusia TAPI zaman sekarang perbedaan manusia cipta bertambah ketara sekali.Perbedaan ini akan terhapus dengan kesenangan dan yang di pangil duit. .Tidak kira sekeji mana atau seburuk mana kau TAPI dengan Ringgit terhapus perbedaan ini. .Tutup mata,diam seketika untuk lihat sekeliling dengan mata hati. .Jika ternampak manusia membelakangkan rupa,harta dan nama. .yaa dia arif menilai cinta.
Aku menulis dengan penuh rasa HINA.

''Impian aku sebelum terpejam tidur,aku berharap terhapus perkataan miskin kaya,hodoh indah. .semoga terhapus segala perbedaan manusia cipta dan manusia berhak mengecap apa di impikan dalam perhentian sementara yang di gelar dunia''

Friday, 15 July 2011

Aku Dan Ketuanan Melayu

Tarikh : 12July2011
Tempat : Popular book store Sutera mall
Masa : 15PM

Aku malas tulis dan kupas panjang-panjang,pendekan cerita. .Lepas aku bayar buku yang aku pilih tu datang seorang lelaki bangsa cina (lingkungan 45thn) berpakaian seperti manager syarikat besar ''Dik soly ar,boleh pinjam members Kad tak sebap mau dapat discount 20% beli ini buku'' Sambil menunjuk buku yang bertajuk masih ada lagikah ketuanan melayu??
aku bagi tanpa banyak tanya walaupun dalam hati tertanya. .
                                                      *          *            *
''dik thanks aa,saya baca ini buku tau banyak bagus'' katanya sambil senyum kambing.


''mana u dapat,gua setengah jam dalam ni kedai tak perasan pun'' kata aku.


''Sini tempat''sambil menunjuk baki buku dia ambil bersebelahan buku bertajuk kepentingan politik gadai keamanan.

''Ini Buku Banyak Bagus,saya ada baca ini olang tulis before this,you tengok ar america pun boleh pilih bukan bumi putera sebagai presiden why not we're malaysia pilih bangsa lain''sambil tersenyum memberi pandangan.

Aku terkejut dengan statement yang layak aku pangil uncle ni ''Uncle you before baca ni buku you baca itu perjanjian berbilang kaum untuk mencapai kemerdekaan,itu orang dulu-dulu sudah sign'' kata aku beerpendapat.

''yaa saya tau tapi why not beri bangsa lain jadi malaysia president'' kata si uncle berpendapat.

''uncle ini malaysia pun sudah maju,top rangking paling kaya dalam malaysia orang cina,uncle pun sekarang kaya maa. .apa lagi tak cukup??'' kata aku bertanya.

Sambung aku lagi ''kita orang lepas merdeka banyak bodoh,sebap dulu sebelum merdeka kita tak rasa..sekarang lepas merdeka tau bising-bising itu tak ada cukup ini kurang..Tanya diri selain complain ar apa kita bagi sama malaysia??''

''yaa2..betul2..adik saya sudah lambat laa..kam sia ar kasi pinjam'' sambil tersenyum tepuk bahu aku dan mengatur untuk pergi..

aku pun berbalas senyum dan buat benda sama..kalau dalam malaysia kebanyakan orang pikir macam uncle tu apa la jadikan..

Wednesday, 6 July 2011

Aku Saudagar Mimpi. . .

Aku terpangil menconteng merapu spontan untuk menceritakan 'mimpi' aku walhal aku tak menyukai tapi atas desakan hati yang di sokongan jemari selepas mata memerhati carpet muka buku dan akal membuat keputusan atas contengan ini. .
''Bangun-bangun! kau bermimpi! telah jauh kau lewati!''  kata hati pada diri. .

''PAUSE''

Aku si miskin selalu bermimpi,walau aku tahu itu membuang waktu, walau aku sedar itu bakal kesakitan ku. .
Nah! kalau tanpa mimpi apa harus aku meratap terus realitinya?? apa aku harus putus asa??kerana mimpi aku bertahan untuk melangkah. .

Semasa kuliah mata aku tersorot pada dia. . ''Subhanallah! persis....
Hey! jantung mengapa deras kau berdetak..'' 
kata kecil hati aku.
terus jadi rajin aku ke kuliah walhal lecturer bersyarah seperti mendodoikan kami..
habis kuliah sengaja dilambatkan bangunku untuk menatap curi pendetak jantungku walau aku kelewatan punch card dan aku perlu berlari ke pizza hut,kerja partime penampung kuliah aku..Jangan ditanya kenapa tidak terus aku tegur kerana aku sedar siapa aku yang dompet sentiasa kekeringan,rupa semacam tiada wajah..huh!
seperti DSLR mata aku memetik rautnya dan simpan ruangan besar kotak hati ku.. (tersenyum)

Kelapangan aku Login muka buku dan membaca blog..
''Eh! kau....'' sambil hati aku kembali berdetak terlihat seseorang diruangan muka buku KLMU..
Spontan jari aku mengarahkan tikus 'clik' add friend..Nie je aku berani buat (ketawa kecil)

Tiap status muka buku yang aku update,dia like.. (kembali berdetak jantung aku)
''Ish! dah pukul 3am nie..dia tak tidur ke??''  tanya hati pada diri..
Bermula dengan salam segalanya rancak berbual..tak sedar subuh hampir menjemput..
dari kisah music,hobi.keluarga hinggalah tentang soalnya hati..
Makin deras berdetak apa yang ada,disuka,difikirkan malah impianya sama seperti aku! ditambah dia persis Anna.. *seseorang 4 tahun hidup dengan aku,mendiami kotak hidup aku*
Berbulan juga berkawan berbulan jugalah aku pendam berdetaknya jantung ni,berbulan juga dia bertanya dan penasaran tentang cerita aku ceritakan dia dan aku pernah sebilik kuliah sem lepas.. (manakan dia perasan kewujudan orang jalanan semacam aku) semua persoalan terus jadi rahsia..

Aku terus bermimpi cerita ini akan terus berjalan jauh..tanpa fikir fiksyen dogeng atau realiti..Dalam Sujud aku menyatakan syukur kerna ini hadiah kegembiraan buat aku yang lama hilang dan diizinkan merasa selayaknya mengenalinya walaupun segalanya aku pendam..

Seperti cerita dan kisah-kisah jiwang pernah kalian baca penghujungnya terlerai tapi kisahnya sama,berlainan Plot ceritanya..
carpet-carpet wall muka buku dia berjalan,membawa coretan-coretan tentang penantian..memang betul hatinya seperti aku dalam penantian tetapi berlainan tujuan..yaa hatinya sedang menyayang dan ada Cinta yang sedang dia buru tapi bukan aku!

Si miskin fakir yang diberi peti besar yang di isi wang,lalu dicium dan terus menyimpan impian perancangan tentang wang itu..lalu si pemberi mengambil wang itu lalu dibakar dihadapanya..(kalian fikirkan sepintas tentang perasaan fakir miskin tu)

Kondisinya sama cuma aku lebih teruk kerna umpama dipersendakan selepas setelah bertahun selepas kehilangan Anna..membeku hati aku kalis cinta..
''Gila aku jatuh cinta pada dia,Gila! barusan aku dicampak dipermulaan aku jilat erti kekecewaan!''  jerit batin aku binggung tak menentu..
Aku ketawa dalam kekalutan,aku ketawa dalam kehinaan diri,aku tersentuh diam tak terkata..  ''Ini pasti mimpi!''

''PLAY''

''Bangun-bangun! kau bermimpi! telah jauh kau lewati!'' kata hati pada diri. .
''huh!''  (tersentak)
Aku patut sedar,aku patut sedar! yang aku hanya orang jalanan! dan dia puteri tunggal dari keluarga berada!
bangun melangkah ke cermin.. ''Que..Itukan sekadar mimpi..mimpi buat apa hendak difikir..kan mainan tidur jee'' Sambil menyantun senyuman..

                                                                 * * * * * * * *
''Subhanallah,lambat dah nie!''  sambil keluar dari admin KLMU ke bilik kuliah..
Dalam bergegas jantung aku kembali berdetak..Di hadapan aku dia yang akan berselisih dalam langkah aku..Meski pun sepasang mata bertentang dalam satu jalan tapi manakan dia tahu itu aku dihadapan langkahnya kerna bukan aku yang dia cari,tunggu dan buru..
''ya allah hadiahkanlah dia hambamu yang soleh,baik akhlaknya,dapat menjaganya dan elok rupa paras seperti dihajatkanya. .amin.."  kata Ikhlas ringkas terakhir yang aku ingat diutus selepas selisih langkah aku dan dia..
terima kasih awak..kerna bagi saya koleksi mimpi...
                                                                * * * * * * * * 

Wednesday, 8 June 2011

'Emak. .Sebap Nak Tutup Mulut Orang Kami Kahwin Dalam Bilik'



Aku teringat kata-kata Ulama terkenal Suhbah Maulana Shaykh Nazim Al-Haqqani 
'kahwinkanlah anak kalian apabila mereka telah cukup umur dan syarat mereka, kerana zaman ini adalah masa-masa sukar bagi anak-anak muda yang masih belum berkahwin..'
Aku tercuit untuk bersembang santai topik ni. .yea kau pun boleh baca sebap kau juga bakal emak bapak. .
Mungkin kau,aku,kita dan kamu dari kecil dah di semai perkataan 'biar mati anak tapi jangan mati adat'  
Buat apa nak di ikutkan adat kalau menyusahkan??buat apa nak di ikut sangat adat kalau menyumbang keburukan??
Eh! bukan aku nak cakap semua adat menyusahkan tapi ikut kesesuaian hidup laa..
Kami generasi sekarang bukan jahil tapi tau juga adab dan tuntutan..bila dah berkenan pergi jumpa mak bapak dia. .katakan mak cik saya nak kan dia. .Tapi nak satukan secara sah dua hati banyak hati nak kena jaga tambah pulak dengan adat terikat sini-sana..ialah mak bapak nak anak dia kahwin mesti buat majlis gempak bia orang tak mengata..tambah pulak sedara-sedara lain sanding grand nak mampos buat..kalau buat kecik dorang mengata nanti..'oh emak manakan nasib manusia semua sama..emak boleh tak lepas kahwin kami makan minum rumah emak gan bapak??bukanya apa duit habis buat majlis grand nak tutup mulut orang mengata..'
tu yang bernasib baik..tapi emak kami duit tak ada..duit Tak ada macam mana hendak kahwin??kami nak kahwin orang tak suka..akhirnya kami
kahwin dalam bilik saje..Apa kamu,awak dan engkau ingat aku taip tak habis pikir??ok jom berbual santai lagi..
penah terpikir kenapa banyak bayi luar nikah di buang??penah pikir kenapa mereka-mereka tak jadi pasangan yang sah??
Kami tahu emak dan bapak kami tidak cetek agama..nak di ikutkan sangat adat dan orang sampai dosa dalam kelambu anak sendiri hendak direlakan..kami tahu emak bapak kami tahu yang dalam dunia tidak semua nasib manusia sama..kalau sama mana datang perkataan miskin dan kaya..kami tahu emak bapak kami tahu perkahwinan  adalah ibadat,tidak mungkin duhai Ibu & ayah nak menghalang ibadat..jangan berkerut..angap je gurauan keluarga-keluarga. .kan lebih mesra..  :)

P/s~Tak Heran Orang tak pandang Janji Tuhan Tahu Niat Kita..Biar Sederhana tapi meriah dan lagi penting bahagia..

Sunday, 5 June 2011

Tapak tangan di bawah hujan malam



Hujan. .Jendela kubuka. .Langit mencontengkan lipstick kelabu. .Ah! langsir berterbangan di tiup angin malam berkejar  di tingkap apartment aku. .
Aku buka radio memainkan lagu-lagu yang entah apa tajuknya . .ada yang rancak,meleweh  tidak kurang ada yang jelik! Wtf! Perkataan keluar dari mulut aku spontan. .
huh. ! artis reality tv kali. .Sama sekali tidak menjadi serasa buat aku sedang menaip. .aku offkan saja. .Aku ganti memutarkan MP3 dari album karya pemuzik bebas dan bawah tanah tempatan . . Hantu putrajaya dari band carburetor dung pembuka tirai. .
Ermm aku mengelamun keluar menjenguk hujan. .Mengingatkan aku tentang seseorang yang sehati aku suka tentang hujan malam. . Tulisan lirik-lirik lagu untuk band Death Ov Nero yang selesai aku print tadi berterbangan di tegur angin malam lembut kadangkala buas belaianya. . 
Aku dan malam berdialog santai di Kuala Lumpur yang berhujan. .Sebenarnya ada beberapa yang lain,sudah berdengkur kali. Kertas ,VAIO putih, pen dan karya-karya rujukan aku sedang menunggu hingga habis lamunan aku. .
MP3 players list aku sudah mendengkur. . Tinggal aku dan hujan malam saja. .Aku dan hujan di mamah nasib. .